Not a Perfect Girl
Grab a Graphic from pYzam.com

Thursday, November 11, 2010

PEJUANG HIDUPKU

Assalamualaikum..(al-fatihah)
dikau nadiku..
Pejuang hidupku"ayahnda",yang banyak megajar aku segala erti kesabaran hidup yang pernah dirasa olehnya,setiap sialan dihapuskan dengan doa,setiap cabaran ditentangi dengan keperwiraannya sbg pahlawan negara,ayah tidak pernah melihat pangkat tinggi,ayah tidak pernah melihat wang yang yang dicurah,ayah mengabaikan setiap tomahan,tuduhan,kejahilan manusia,penipuan dan sebagainya ...
amat tabah,amat sabar dirinya,ayah sering kali rebah tapi dikuatkan semangatnya dengan kudrat yang dimilikinya ayah pernah berkata'biarlah manusia semuanya,sampai bila dia akan mengkhianati kita,ALLAH ada'..ye selama itu keluarga ini bertahan dgn pancaroba.Aku pernah berkata 'sampai bila ayah kita begini' ayah dengan tenang menjawab 'sampai satu masa yang ALLAH izinkan'..
walaubagaimanapun kini ayah rebah dan tidak kembali lagi..
bila aku tanya diri aku 'mana ayah?,siapa y akan ganti ayah?,siapa yg sangup musnahkan keluarga aku?,
aku akan bunuh dia,siapa shj y mengkhianati kami!,tp sekujur tubuh ayah mengajar aku..untuk tenang
berfikir,bahawa ini adalah kehandak ALLAH yang Maha Agung,d aku perlu memaafkan segala buruk sangka atau perkara benar.

Apabila setiap perkara aku mengadu pd ayah,bermanja dgn ayah beliau akan mendengar setiap ceritaku,apabila aku kata 'ayah knp orang xsuka yu,sedgkn yu dah cuba jdi y terbaik,yu jahat ke ayah,yu bkan anak y baik kew ayah?..ayah akan kata xlah,biarla org benci kita ALLAH kn ada,sape sempurna sekarang?..aku terpinga2,mula la aku mendengar cita zaman2 askar ayah..sakit pn akan terus jdi baik bila cita pasal tentera,smgat sgt ayah..walaupun dah dengar 40 kali,aku akn buat xtahu je sb itu yg ayah suka..disiplin tegas itu ayah..tp dgn yu ayah lembut huhu my ayah..

selalu orang kata Eee..yu ada misai macam lelaki la,pastu gelakkn aku..aku pernah nangis cakap kt ayah
dgn soalan yg bodoh agaknya 'ayah boleh cukur tak misai ni mcm laki la'..ayah ketawa sambil buat muka selamba,'mane ada..biasa je,tahu x kalau org perempuan ada misai makna bdk tu cantik tau',tu mula2 aku dengar ayah ckp aku cantik,adoi..huhu perasan la..sape y cakap aku mcm laki,aku seyum d mula mengangkat bakul sendiri,sebab orang y aku percaya adalah ayah..tme kasih ayah..

Siapa sahaja yg aku kawan,ayahlah orang pertama yang akan aku cerita,setiap orang sahabat ku semua beliau kenal,lepas tu mula la,bila aku nk keluar dia akan angkat pas hijau..huhu dpt keluar..aku xakan rosakkan kepercayaan itu,d akan aku guna sebaik mungin..

banyak nk cita pasal ayah tp stakat ini dahulu..miss u ayah..sagt2
Ayahndaku Mhd Rusly B Abdullah,yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga tepat jelma hari sabtu 30/10/2010 berdetik 4.30 petang,rakan sahabat yang mendoakan ayah,terima kasih kerana :-

 ayh adalah smgatku,
jatuh bangunku sehinga sekarg,
y berdiri dipusakanya,
y sering berlinang air mata,
y sering termenung entah kemana,
y sering mengimbau ingatan padanya,
y mengeluh dilaman fotonya,
y sering mendoakannya,
y resah tiba-tiba..
ayah..siksanya anakmu
taktertahannya jiwaku
dipangil yatim
dipingir org
siapa lg pengangkat smgatku
siapa lg harus pujiku
siapa lg ingin bercerita pdku
siapa lg harusku bertanya soalan bodoh
siapa ingin melayan karenahku
siapa ingin menyanyi bersamaku
mengusik aku,
bila ku balik kerumah
siapa y harus selimut diriku
pingan nasi siapa harus aku dahulu
siapa harus aku tungu aminkan doa
bila aku sakit
siapa y akan memohon doa sehinga teriak utkku
siapa y akn bercanggah pendpat dgnku
siapa y harus aku beri aiskrim y diminatimu
ALLAH yg maha besar,aku tidak kuat tuhan,
aku lemah tuhan,berikanlah taufik dan hidayah,
berikanlah kekuatan iman pd kami,
tenangkan hati kami,dengan keredhaan y iklas,
dgn hakikat bhwa ayh benar2 telah pergi..

..smga roh ayahnda dicucuri rahmat,ketenangan syurga janjian allah..amin.

1 comment:

  1. aminn,,moga arwah ditmpt org2 yg saleh,,,sy nak jd ay awk???

    ReplyDelete